KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan akan melindungi identiti pemberi maklumat dalam menangani isu penyalahgunaan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata setiap maklumat akan ditangani dengan telus dan penuh berintegriti agar tidak memudaratkan pihak berkaitan.
Justeru, orang ramai tidak perlu ragu-ragu untuk tampil melaporkan kes sedemikian, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Festival Makanan dan Kebudayaan Kuala Lumpur 2012 di Dataran Merdeka, di sini hari ini.
Ahmad Phesal sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya menerima banyak laporan bahawa bantuan rumah PPR yang bertujuan menaik taraf kualiti hidup keluarga miskin, telah disewa kepada orang ketiga.
Mengenai ganjaran yang sebelum ini dilaporkan mungkin diberi kepada pengadu, Ahmad Phesal berkata DBKL sedang berbincang dengan beberapa pihak mengenai bentuk ganjaran bagi kes yang membawa kepada pengesanan pemilik yang menyewakan unit mereka kepada pihak ketiga.
Mengenai festival yang pertama kali diadakan itu, beliau berkata program memberi peluang kepada pengunjung, terutama pelancong dan ekspatriat, untuk merasai kepelbagaian hidangan tradisional serta menyertai aktiviti seni seperti kraf tangan dan persembahan pelbagai kaum.
Festival sehari itu merupakan inisiatif Unit Pelancongan DBKL untuk menjalin kerjasama yang erat dengan penggiat industri pelancongan seperti hotel dan ejen pelancongan.
"Di masa depan festival ini mungkin akan dilanjutkan selama beberapa hari. Hari ini sahaja kita sasarkan lebih 1,000 pelancong datang dan mereka bukan sahaja boleh merasai juadah malah berpeluang membantu dalam penyediaan makanan tradisi seperti dodol dan lemang," katanya. - Bernama
PPR: DBKL lindungi identiti pemberi maklumat
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- KWP kaji status lesen penjaja milik warga asing
- Sasar lima tahun hafaz 30 juzuk al-Quran
- Lima suspek samun diberkas
- Seminggu jahit seragam sendiri
- Hanya sempat umpil mesin ATM
- Trauma leher diacu parang
- Gangguan bekalan air Lembah Klang, Hulu Selangor
- MBSA diarah teliti struktur pangsapuri Indah Ria
- Periksa kesihatan percuma
- Dua pesakit tisu mohon bantuan
- Cegah jenayah bersama
- Mat rempit uji enjin
- Minta tempoh seminggu lagi
- Tingkat keselamatan pasar borong
- Cikgu terlampau 'ratah' pelajar
- Mangsa langgar lari meninggal
- Terkejut ternampak objek tergantung
- Desak MBSA saman pemaju
- Masalah dalam perhatian MB
- Pangsapuri Indahria: Mesyuarat susulan esok




