SHAH ALAM - Polis sedang memberi tumpuan menangani kes kecurian motosikal di daerah ini yang dilihat semakin meningkat dalam tempoh sebulan bermula Januari hingga awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, polis menjalankan semua kaedah pencegahan sama ada bagi mengesan mahupun menangkap penjenayah kes curi motosikal.

"Tumpuan kita adalah di kawasan flat yang kerap menjadi sasaran jenayah curi motosikal berkenaan.

"Polis dapati kecurian bukan sahaja melibatkan motosikal baharu bahkan motosikal lama turut menjadi sasaran penjenayah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika majlis pelancaran  Ops Selamat Ke-12 sempena Tahun Baru Cina 2018 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di pekarangan IPD, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengunci kenderaan masing-masing selain meletak kenderaan di kawasan parkir yang selamat.

"Jangan tinggalkan kenderaan tanpa berkunci atau dalam keadaan enjin hidup kerana ia memberi peluang kepada penjenayah melarikan kenderaan kita ketika kita alpa," katanya.

Ops Selamat Ke-12 bermula selama dua minggu bermula hari ini sehingga 23 Februari depan dengan mengekalkan tema "Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MIRI - Seorang majikan bersama 31 warga asing, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, adalah antara yang ditahan di dua lokasi berasingan dalam operasi bersepadu semalam.
  • KUANTAN - Polis negeri ini menahan seorang ejen bola sepak palsu yang dipercayai memperdaya seorang warga asing dari Uganda untuk mewakili pasukan bola sepak di negeri ini.
  • TAMPIN - “Terima kasih pada polis yang menemui beg mak saya... wang tunai hampir RM1,800 tiada berkurangan dan dokumen juga tak hilang...,” luah Lim Win Ru, 31, apabila dihubungi Sinar Harian, di sini, tadi.
  • JOHOR BAHRU - Sekurang-kurangnya enam kes membabitkan samun ke atas mangsa yang keluar dari bank berjaya diselesaikan susulan seorang suspek kumpulan samun maut ditembak ketika melarikan diri dari pihak polis dalam kejadian di Jalan Dato’ Onn Utama di sini, Khamis lalu.
  • IPOH - Polis Perak berjaya menumpaskan kumpulan kongsi gelap 04 selepas menahan 36 kepimpinan tertinggi kumpulan termasuk seorang individu bergelar ‘Datuk’ sejak sebulan yang lalu.