KUALA LUMPUR - Dua lelaki mati ditembak setelah berbalas tembakan dengan polis di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dekat sini malam tadi.
 
Menurut sumber, dua suspek warga tempatan itu, yang berumur dalam lingkungan 20-an, dikehendaki polis kerana pelbagai kesalahan jenayah.
 
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, suspek yang memandu kereta Honda Civic putih dikatakan bertembung dengan polis lalu melepaskan tembakan ke arah polis sebelum polis bertindak balas.
 
Polis masih sedang menyiasat identiti kedua-dua suspek itu, katanya. – Bernama