KUALA SELANGOR - Sebanyak 150 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan sejak hari pertama Ops Selamat 2018 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dilancarkan sempena Tahun Baru Cina di KM45 Jalan Klang-Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab menjelaskan, ops selamat ini bermula sejak 9 Februari hingga 22 Februari nanti bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.

"Sepanjang ops selamat ini, sebanyak tujuh kes kemalangan biasa turut direkodkan dan tahun ini, PDRM mengambil pendekatan untuk meningkatkan penguatkuasaan kesalahan yang mengundang kepada kemalangan jalan raya.

"Pada masa sama, IPD Kuala Selangor melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya secara terancang dan memberi tumpuan kawasan black spot," katanya kepada Sinar Harian,hari ini.