KAJANG – Polis berjaya memberkas seorang suspek berhubung kes samun seorang lelaki di Jalan Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun sedang memandu sebuah kereta sambil membuka cermin untuk menghisap rokok.

“Tiba-tiba datang dari arah belakang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR warna merah dinaiki oleh dua suspek. Kemudian salah seorang suspek mengambil telefon bimbit milik mangsa yang diletakkan di tempat letak telefon sebelah cermin kiri hadapan dan terus melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dipercayai bertindak mengejar suspek sehingga ke sebuah restoran di Bandar Tun Hussein Onn dan kereta yang dipandu mangsa telah terlanggar motosikal suspek.

“Mangsa cuba menghampiri suspek yang terjatuh, kemudian suspek bertindak memukul dengan menumbuk muka mangsa. Akibat pergelutan itu, mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan.

"Orang awam yang melihat kejadian itu turut membantu menahan suspek. Bagaimanapun, salah seorang suspek telah melarikan diri,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, polis berjaya menjumpai telefon bimbit yang dipercayai telah disamun oleh suspek berusia 30 tahun itu.

“Suspek telah di bawa ke Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn untuk tindakan selanjutnya. Siasatan mendapati suspek itu tidak mempunyai rekod jenayah. Saringan awal ujian air kencing pula mendapati suspek positif Dadah,” katanya.

Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan dan memburu suspek yang melarikan diri itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu berjaya menumpaskan dua kumpulan yang aktif melakukan jenayah samun terhadap pekerja asing di beberapa rumah kongsi di Kemaman dengan penangkapan 13 suspek, termasuk sembilan remaja bawah umur.
  • BAGAN SERAI - Dua penyamun mendalangi kegiatan samun di daerah Kerian sejak November tahun lalu akhir berjaya dicekup polis dalam dua lokasi berasingan pada malam Sabtu lalu.
  • LAHAD DATU - Polis berjaya menyelesaikan satu kes samun bersenjata dalam tempoh sejam dengan tertangkapnya dua lelaki yang dipercayai menyamun telefon bimbit milik seorang guru lelaki di Jalan Pantai di sini, malam tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Dua remaja yang ditahan selepas didakwa menyamun sebuah kedai serbaneka di Bandar Permaisuri, Setiu, dengan menggunakan sebilah pedang dan pisau pada 8 Oktober lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini.
  • ALOR LINTANG - Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bersenjatakan pisau dan alat renjatan elektrik di rumah mereka, pagi semalam, yang menyebabkan kerugian kira-kira RM30,000.