KUALA LUMPUR -  Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyamun RM46,000 di sebuah bank di Jalan Imbi di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Mohd Sukri Kaman berkata dalam kejadian 12.15 tengah hari  itu,  suspek yang memakai topeng jerebu menghampiri kaunter bank dan mengeluarkan sebilah parang dari beg galasnya sebelum mengugut petugas kaunter.

Suspek yang berkulit cerah itu kemudian mengarahkan petugas kaunter berkenaan supaya memasukkan wang ke dalam beg itu sebelum dia keluar melalui pintu hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sukri berkata siasatan awal mendapati suspek dilihat berjalan kaki menuju ke arah bangunan Sungei Wang Plaza sejurus kejadian itu.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BATU PAHAT - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun dan tikam yang menyebabkan seorang wanita maut di Taman Sutera Yong Peng, awal pagi, Selasa lalu.
  • KUANTAN - Dua keluarga dari Taman Perumahan Aspa Cottage di sini menjadi mangsa samun bersenjata dalam tempoh 48 jam.
  • ALOR SETAR - Barang kemas dianggarkan bernilai RM100,000 dilarikan empat beradik dari samun sebuah kedai emas, di Jalan Kota, Sabtu lalu (10 Februari lalu), berjaya ditahan polis di Sungai Petani dan Kulim, tiga hari selepas kejadian.
  • SHAH ALAM - Polis menahan seorang jurujual kedai emas dipercayai perancang utama dua kes samun di sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara dekat sini, yang melibatkan kerugian hampir RM2 juta, pada November dan Khamis lepas.
  • KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur memburu sekurang-kurangnya dua suspek kes ragut dan samun yang dipercayai masih aktif melakukan jenayah di sekitar pusat bandar.