Suspek (kanan) dipercayai menyamun kedai serbaneka di Bukit Serdang 11 dan 16 Mei lalu.
Suspek (kanan) dipercayai menyamun kedai serbaneka di Bukit Serdang
11 dan 16 Mei lalu.
Polis buru 3 suspek kes samun
Wajah suspek berjaya direkodkan CCTV ketika melakukan jenayah pecah masuk
premis komersial di Bandar Puteri 11 Mei lalu.

SERDANG - Polis memohon kerjasama orang ramai mengesan dua lelaki dipercayai giat melakukan jenayah pecah masuk premis komersial di Bandar Puteri, Puchong dekat sini sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, lima laporan diterima pihaknya berhubung kejadian yang dilaporkan sering berlaku selepas pemilik premis menamatkan operasi pejabat mereka.

Menurutnya, dalam kejadian minggu lalu, kamera litar tertutup (CCTV) salah sebuah premis berjaya merakamkan wajah salah seorang daripada dua suspek yang leka mengumpil pintu untuk memecah masuk sebuah pejabat di Bandar Puteri 2/3.

Katanya, kedua-dua suspek berpakaian kemas dengan berkemeja berwarna coklat gelap dan salah seorang memakai topi dirakam mengumpil pintu kira-kira jam 12 tengah malam 11 Mei lalu.

“Tiada rakaman CCTV di empat premis lain yang menjadi mangsa kedua-dua penjenayah tetapi salah sebuah daripadanya berjaya merekod pergerakan dan wajah salah seorang suspek,” katanya.

Abd Razak berkata, kedua-dua suspek dipercayai menjalankan ‘kerja’ mereka antara jam 9 malam hingga 7 pagi ketika kawasan terbabit lengang dan sunyi.

Katanya, suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an dan masih diburu sehingga kini.

“Antara barangan yang dilaporkan hilang adalah komputer riba dan peralatan pejabat bernilai yang sempat dilarikan kedua-duanya.

“Sebarang maklumat mengenai suspek boleh disalurkan kepada Ketua Polis Balai Bandar Puteri, Sarjan Mat Sood ditalian 013-2359999,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan Abd Razak turut meminta orang ramai mengesan suspek bersenjatakan parang yang menyamun sebuah kedai serbaneka di Bukit Serdang 11 dan 16 Mei lalu.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat berhubung individu itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Alli Nanggai di talian 019-4636339 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-80742222 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.