PETALING JAYA - “Kalau gambar aku masuk surat khabar, siap awak. Ini kereta aku dan aku tak menyusahkan orang lain," demikian ancaman seorang lelaki terhadap petugas media ketika operasi khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza PJS 2, Jalan Klang Lama, malam kelmarin.

Lelaki itu bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan jurugambar media yang merakamkan gambarnya ketika ditahan anggota penguat kuasa JPJ.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata, lelaki itu ditahan kerana memasang lampu aksesori pada keretanya.

"Lelaki terbabit diberikan notis menanggalkan lampu aksesori pada keretanya dan dikehendaki melaporkan diri di pejabat JPJ dalam tempoh dua minggu.

"Lampu aksesori hanya boleh dipasang pada kereta ketika pertunjukan kereta dan selepas pertunjukan selesai, pemilik kenderaan terbabit perlu menanggalkannya semula," katanya.

Sebanyak 223 motosikal, 159 kereta, 25 teksi dan 20 lori diperiksa manakala 284 saman telah dikeluarkan dalam operasi terbabit.

Kesalahan yang dilakukan, termasuk memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Dalam pada itu, JPJ turut menyita 15 motosikal, sebuah kereta dan lori.Semua kenderaan yang disita dibawa ke ibu pejabat JPJ Selangor untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Yusoff menasihatkan orang awam supaya tidak menggunakan lampu jenis High Intensity Discharge (HID) pada lampu depan kereta mereka.

“Ini kerana, pancaran lampu itu sangat tinggi dan ia boleh menyebabkan pengguna jalan raya lain terganggu akibat silau,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sanggup membahayakan diri berada di atas bangunan pusat membeli-belah di Kluang dan cuba untuk membunuh diri kerana mengugut teman lelakinya, petang semalam
  • KUALA TERENGGANU - Seorang ibu pengsan akibat terlalu takut selepas diugut akan dicederakan dengan sebilah parang panjang oleh anak lelakinya, dalam kejadian di sebuah rumah di Batu Buruk, di sini, semalam.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang wanita kerugian RM500 selepas menjadi mangsa pemerasan ‘penarik kereta palsu’, dalam kejadian di kawasan Manir, di sini, petang Rabu lalu.
  • KLUANG - Satu laporan polis dibuat oleh bekas Ketua Pemuda Bersatu Sembrong atas faktor keselamatan berikutan didakwa sering menerima gangguan berupa panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.
  • PUCHONG - ‘Pancing’ mangsa menerusi laman media sosial, menjadikan mereka teman wanita dan mengajak membuat hubungan seks sebelum mengugut mangsanya dengan gambar bogel yang dirakam.