KUALA LUMPUR - Bagi melahirkan masyarakat berilmu dan intelektual, Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan untuk mewujudkan Perpustakaan 1Wilayah Persekutuan (Perpustakaan 1WP) di setiap kawasan Parlimen di ibu negara.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program 'Friends of KL Libraries'  juga diperkenalkan bagi memudahkan pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan dan berintelektual dianjurkan bersama persatuan penduduk, guru sekolah dan pelbagai pihak.

"Saya menyeru kepada penduduk setempat agar perpustakaan ini dijaga dan digunakan dengan sebaiknya agar ia boleh dinikmati oleh semua golongan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpustakaan 1WP Medan Idaman, Setapak di sini hari ini.

Perpustakaan itu dilaksanakan menerusi program Tanggungjawab  Sosial Korporat (CSR) Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB).

Bagi merealisasikan pengwujudan perpustakaan itu,  Tengku Adnan berharap syarikat swasta lain akan dapat membantu menyediakan kemudahan itu menerusi program CSR syarikat masing-masing.

"Di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat ini, pihak MRCB telah menyiapkan dua buah perpustakaan di Lembah Pantai dan Medan Idaman di Setapak, manakala sebuah lagi di Kampung Pandan akan menyusul tidak lama lagi,” katanya.

Perpustakaan 1WP Medan Idaman yang berkeluasan 13,000 kaki persegi dan bernilai RM5 juta itu dilengkapi dengan 13,231 naskah buku dan pelbagai kemudahan lain seperti bilik komputer, pinjaman dan pemulangan buku secara layan diri dan perkhidmatan Internet dan WiFi. –Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai berhubung penjualan tanah kerajaan di ibu negara boleh mendedahkan kebenaran isu itu.
  • SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa tidak dapat menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur yang kerap berlaku sehingga mengakibatkan perkara ini tiada penyelesaian terbaik.
  • KUALA LUMPUR - Jalan sambungan yang menghubungkan kawasan Desa Petaling dengan Kampung Malaysia Tambahan di sini yang bernilai RM8.8 juta dibuka kepada pengguna jalan raya bermula hari ini.
  • PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mempengerusikan mesyuarat khas bersama semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kementerian itu bagi membincangkan masalah sosial yang sedang melanda generasi muda, terutamanya di Kuala Lumpur.