SHAH ALAM - Satu perlawanan persahabatan antara DACS FC menentang Badak Sumbu FC bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu masyarakat Islam Rohingya telah berlangsung  Ahad lalu di Stadium Panasonic, di sini.

Menurut Ketua Pasukan DACS FC, Saudara Syafiq Khairi, perlawanan persahabatan ini bertujuan membantu etnik Rohingya yang sedang ditindas dan dizalimi di Arakan, Myanmar.

Perlawanan ini turut sama disertai oleh badan NGO iaitu Muslim Care menerusi pengerusinya Tuan Haji Zulkifli Wahijan. Tidak ketinggalan Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar, Pengarah DACS Malaysia yang juga turut hadir memberi sokongan kepada charity match ini.

Pasukan lawan DACS FC iaitu Badak Sumbu FC merupakan pasukan bola sepak yang dianggotai oleh para selebriti dakwah tanah air seperti Raqib Majid, penyanyi dan komposer. Daie Luqman, Daie Wan Dazrin, PU Salman, Ustaz Tarmizi, Imam Muda Mujahid dan gitaris terkenal negara, Shah Slam

Turut bermain kali ini ialah bekas pemain bola sepak negara, Irwan Fadzli Idrus merangkap Ketua Pasukan Badak Sumbu FC.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Penderitaan dan kesengsaraan etnik Rohingya turut mendapat keprihatinan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang turut sama menyumbang derma bagi membela nasib golongan minoriti itu.
  • KUALA TERENGGANU - Misi bantuan kemanusiaan diteruskan oleh Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu bagi membantu etnik Rohingya.
  • SUNGAI BULOH - Briged Ke-11 Infantri Malaysia, Sungai Buloh dan Yayasan Ikhlas baru-baru ini berjaya mengumpul pakaian untuk dihantar kepada etnik Rohingya.
  • KUALA TERENGGANU - Tabung Terengganu Untuk Rohingya-Sekampit Beras Untuk Rohingya yang diwujudkan sejak September lalu, berjaya mengumpul hampir RM2.2 juta, melepasi sasaran awal kutipan iaitu RM1 juta.
  • KUANTAN - Usaha untuk membantu penderitaan etnik Islam Rohingya yang dizalimi dan ditindas di tanah air mereka sendiri terus mendapat sambutan dan perhatian masyarakat di negeri ini yang prihatin nasib menimpa mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.