SHAH ALAM - Wira Perkasa Sabah memandang serius dan mendesak perhatian daripada kerajaan pusat melihat keadaan pendidikan pribumi di Sabah yang masih jauh ketinggalan di negeri itu.

Ketua Wira Pribumi Perkasa Sabah, Mohd Shafiq Japar berkata, antara isu dibangkitkan ialah kemudahan jalan perhubungan ke sekolah yang kurang memuaskan.

Menurutnya, kemudahan jalan perhubungan ke sekolah sering menjadi isu buat para pelajar dan guru terutamanya di kawasan pedalaman Sabah.

“Baru-baru ini viral di media sosial tentang pelajar sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut, Ranau terpaksa berjalan kaki ke sekolah kerana kenderaan tidak dapat melalui jalan yang berlumpur dan licin.

“Kita bukannya ingin menyalahkan sesiapapun, tetapi ingin memohon berwajib untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana zaman serba maju ini seharusnya tidak ada lagi keluhan rakyat mengenai kemudahan asas sebegini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, pembangunan jalan raya di Sabah seharusnya sama taraf dengan jalan raya di semenanjung Malaysia .

Selain itu , Wira Perkasa Sabah juga membangkitkan isu berkaitan pembiyaan pendidikan anak-anak jati pribumi Sabah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Seorang wanita bertindak membuat laporan polis selepas video dia bersama rakannya memegang mercun bola mula mendapat kecaman selepas ia dikaitkan dengan insiden perlawanan bola sepak antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT), semalam.
  • SEREMBAN - “Kami jiran pun takut dengan mereka (anak dan ibu). Kadangkala ibu pelajar itu bertindak di luar kawalan,” kata seorang jiran yang mengenali keluarga remaja perempuan yang bertindak membuang air besar di sebuah dobi di Lobak, di sini, sehingga menjadi tular di laman sosial, kelmarin.
  • SHAH ALAM - Pasaraya NSK Taman Sentosa Klang di sini hari ini menyangkal keras dakwaan penemuan najis haiwan atas rak yang menjual produk ikan bilis seperti yang tular sejak 28 September lalu.
  • BAGAN DATUK - Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mah Hang Soon menafikan dakwaan penolong pegawai perubatan dan ambulans tidak membantu mangsa kemalangan yang tular sejak kelmarin.
  • SETIU - Kuasa tular atau 'viral' memberi impak berganda kepada sebuah kedai makan di kawasan Penarik, di sini, sejak sebulan yang lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.