SHAH ALAM - Seorang perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh daripada koridor tingkat 17, Pangsapuri Rimba Jaya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan awal mangsa ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

"Maklumat saksi bebas mengatakan mangsa terjatuh dari koridor tingkat 17.

"Setakat ini tiada unsur jenayah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat dibawa ke hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Polis buat masa ini sedang berusaha mengesan ahli keluarga mangsa dan orang ramai yang mengenali diminta hubungi polis untuk siasatan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUBANG JAYA - Seorang jurujual wanita ditemui maut di tempat letak kereta selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS12, di sini awal pagi tadi.