KUALA LUMPUR – Seorang penunggang basikal cedera dalam kejadian kemalangan di Jalan Duta mengala ke Jalan Kuching, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten KomisionerZulkefly Yahya, berkata, penunggang basikal berkenaan, Azran Bin Osman Rani, 47 cedera di bahagian kepala dan tangan kiri akibat tercampak setelah dilanggar kereta Proton Wira dipandu seorang wanita berusia 20 tahun.

“Kejadian berlaku pada jam 8.55 pagi di mana hasil siasatan awaPenunggang basikal tercampak dilanggar keretal mendapati kereta dipandu wanita itu yang berada di lorong  kiri menghala ke jalan Kuching ingin mengubah haluan masuk ke susur kiri menghala ke Damansara.

“Wanita itu tidak perasan basikal yang berada di hadapan lalu telah terlanggar pada bahagian belakang basikal tersebut.  

"Akibat kemalangan, penunggang basikal telah tercampak ke atas jalan raya dan dikejarkan ke HKL untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan. Kes di siasat di bawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.