KAMUNTING - Kejadian pencerobohan Sungai Sepetang yang berlaku beberapa minggu dilihat memberi kesan buruk terhadap ekonomi penduduk setempat khususnya golongan nelayan yang bergantung sepenuhnya kepada hasil sungai.

Ketua Komuniti Nelayan Kampung Dew, Yussof Ishak, 65, berkata, selepas beberapa kali kejadian pencerobohan berlaku di kawasan ini, tidak dinafikan sumber pendapatan penduduk semakin terjejas.

Menurutnya, masalah tersebut bukan hanya menyebabkan pokok-pokok utama di kawasan persisir sungai musnah tetapi hidupan di dalam sungai seperti ikan dan udang galah juga berkurangan.

"Sebentar tadi kita dapat lihat seorang nelayan memancing udang galah sejak jam 2 hingga 4 petang hanya mendapat seekor udang sahaja.

"Keadaan tersebut jelas menunjukkan bahawa masalah ini amat serius kerana di sini tempat kami mencari rezeki menampung keluarga," katanya kepada Sinar Harian, selepas mengadakan lawatan ke lokasi pencerobohan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yussof berkata, ketika ini bukan sahaja kelip-kelip berkurangan tetapi hasil sungai juga berdepan risiko sama.

"Jika masalah ini berterusan bagaimana dengan kehidupan penduduk selepas ini kerana hilangnya mata pencarian kami," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Wakil rakyat di setiap daerah di negeri ini disarankan untuk mewujudkan satu 'group' Whatsapp Aduan Rakyat bagi memudahkan penyaluran maklumat dalam usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam tempoh yang singkat.
  • KENINGAU - Sekumpulan penyelidik Jawatankuasa Pelancongan Daerah Keningau dan Tahun Melawat Keningau 2018 menemukan bunga Rafflesia sedang mekar di kawasan hutan Batu Minitinduk, berhampiran Gua Laing Bingkor Keningau, di sini hari ini.
  • KLANG - Sebanyak 30 keluarga di Kampung Sungai Sireh Tambahan di sini memohon kerajaan negeri menyelesaikan masalah pemilikan tanah yang diduduki mereka di kawasan tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
  • PENDANG - Kira-kira 60 keluarga dari Kampung Pondok Haji Hussain terpaksa berhadapan masalah banjir sekiranya berlaku hujan lebat ekoran sistem perparitan di kawasan rumah mereka tidak berfungsi dengan baik.
  • ALOR SETAR - Pasukan polis bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun dalam operasi di sebuah rumah di Kota Sarang Semut, dekat sini jam 11 pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.