PUNCAK ALAM - Lebih 300 penduduk di lima kampung membantah cadangan pembinaan perkuburan bukan Islam di kawasan berbukit berhampiran penempatan majoriti Melayu itu.

Bukan sahaja penduduk Kampung Felda Bukit Cherakah, penduduk Kampung Bukit Kapar Tambahan, Kapar, Kampung Bukit Hijau dan Bandar Puncak Alam turut tampil seawal jam 9 pagi untuk menyatakan bantahan terhadap projek itu.

Lebih dikesalkan, kerja awalan tanah untuk pembinaan jalan giat dijalankan di kawasan terbabit sehingga menimbulkan pelbagai persoalan penduduk kerana ‘kelulusan’ diberikan di tapak yang terletak di tengah kampung.

Wakil penduduk, Melan Ismail, 49, berkata, rata-rata penduduk membantah cadangan pembinaan perkuburan bukan Islam di kawasan itu berikutan lokasi yang tidak sesuai dan berhampiran rumah penduduk.

“Kami juga mendapatkan sebanyak mungkin tanda tangan penduduk sebagai tanda bantahan terhadap projek ini kerana majoriti kawasan ini adalah 100 peratus Melayu.

“Kami tidak tolak pembangunan tapi jika projek pembinaan jirat ini dilaksanakan, penduduk akan bantah sekeras-kerasnya dan minta pindah tempat lain,” katanya.

Wakil penduduk yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 07 (JPP) Puncak Alam, Mohd Razib Mohd Talib, 45, menegaskan, projek perkuburan Cina ini boleh menjejaskan harga rumah penduduk.

“Lagipun Puncak Alam bakal membangun dengan pelbagai projek termasuk Hospital UiTM dan pelbagai projek komersial nanti, tapi bayangkan kalau wujud perkuburan di kawasan bukit ini?

“Lagipun tak sesuai dibina di sini sebab sini semua orang Melayu…lainlah kalau dibina di kawasan tempat majoriti Cina, kami tak bantah. Lagipun penduduk yang berdepan banyak masalah jika projek ini diteruskan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KENINGAU - Pembinaan projek empangan bernilai RM450 juta di Keningau yang telah diluluskan mendapat bantahan penduduk tempatan kerana ia didakwa bakal menenggelamkan sebuah kampung yang dihuni sejak lapan generasi yang lalu.
  • POKOK SENA - Penduduk dan peniaga di Bandar Baru Pokok Sena membantah tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk membina medan selera di tapak permainan kanak-kanak di kawasan itu.
  • RAWANG - Penduduk Bandar Country Homes di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menebang pokok pine di kawasan tersebut.
  • BALING - Bantahan penduduk dan NGO terhadap cadangan pelaksanaan projek kuari di Gunung Pulai tidak dipedulikan pihak terbabit apabila mereka bertindak membina jalan masuk ke kawasan operasi sejak empat hari lalu.
  • GOMBAK - Penduduk Pinggiran Batu Caves Fasa 2 membantah permohonan pemaju projek perumahan berhampiran menyambung saluran najis ke tangki kumbahan mereka yang sedia bermasalah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.