KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membuka pencalonan untuk penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPWP) bagi 2013 selama tiga bulan mulai 1 Julai.

Ketua Setiausaha kementerian Datuk Ahmad Phesal Talib berkata pencalonan itu terbuka kepada warga Wilayah Persekutuan yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai bidang di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

"Ini juga termasuk mereka yang bukan bermastautin tetapi memberi sumbangan dan khidmat yang cemerlang untuk Wilayah Persekutuan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pencalonan boleh dibuat menggunakan tujuh borang mengikut kategori seperti Perkhidmatan Awam (A), Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun (B), Swasta/Persatuan/Sukarela/Sukan (C1/C2/C3/C4), Warganegara Asing (D),Perkhidmatan Angkatan Tentera  Malaysia (E), Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (F) dan Pertubuhan Politik (G).

Semua pencalonan perlu mematuhi ketetapan dan syarat-syarat yang ditetapkandan pencalonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi iaituwww.kwpkb.gov.my.

Senarai calon yang berjaya akan diumum awal Januari tahun depan untuk dijemput ke Istiadat Penganugerahan DKBPWP pada 1 Feb 2013 sempena Hari WilayahPersekutuan.

Pertanyaan mengenai pencalonan anugerah DKBPWP boleh dibuat menerusi talian 03-8889 7888 atau e-mel kepada dkbpwp@kwpkb.gov.my. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan membentangkan cadangan dan keluhan Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada bulan depan.
  • KUALA LUMPUR - Dalam usaha menambahbaikkan perkhidmatan air kepada pelanggan di Petaling, kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air akan dilaksanakan mulai Rabu ini.
  • KUALA LUMPUR - Sedih dan bangga, dua perkataan yang boleh menggambarkan perasaan seorang ibu yang terpaksa menaiki pentas mewakili anak perempuannya yang sudah 'tiada' untuk menerima skrol tamat pengajian dalam bidang Sarjana Pengurusan Pendidikan di Universiti Malaya (UM), semalam.
  • KUALA LUMPUR - Polis meminta individu yang kehilangan dompet mengandungi wang kertas asing bernilai kira-kira RM12,666 di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jalan Imbi di sini pada 9 Oktober lalu tampil menuntutnya di Balai Polis Tun HS Lee, di sini.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP perlu berhenti bersikap lepas tangan dan perlu mula menilai semula semua projek di lereng bukit di pulau itu untuk mengenal pasti risiko berpotensi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.