KUALA LUMPUR - Pemuda Umno Titiwangsa akan menggerakkan tabung dan mencari dana bagi membaik pulih semula Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi ini.

Ketua Pemuda Umno TItiwangsa, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, bantuan itu diberikan bertujuan untuk membolehkan pusat tahfiz itu beroperasi semula bagi kelangsungan pendidikan pelajar tahfiz.

"Kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Ujung awal pagi tadi bukan sahaja mengejutkan, malah amat menyedihkan.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan berdoa agar mereka ditempatkan bersama golongan syuhada," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, pihaknya akan memberi bantuan awal bagi membantu pusat tahfiz itu.

Bantuan boleh disumbangkan melalui akaun Maybank Pemuda Umno Titiwangsa di 564025403840.

"Selepas bank in, hantar salinan slip berserta nama dan nombor telefon kepada Sdr Mohd Badlishah melalui Whatsapp 019 3367674," katanya lagi.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENDANG - Kejadian kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat, Kuala Lumpur pada 14 September lalu membuka mata pelbagai pihak akan kepentingan mengambil langkah mencegah kebakaran di pusat tahfiz.
  • KUALA LUMPUR - Walaupun sudah sembilan hari mengalami kebakaran, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung di sini masih menjadi tumpuan ramai.
  • KUANTAN - Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung di ibu negara yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru akibat perbuatan khianat sekumpulan remaja baru-baru ini sebenarnya ‘wake up call’ kepada semua pihak supaya lebih cakna dan sentiasa peduli isu-isu sekeliling.
  • TUMPAT - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) salurkan sumbangan RM1,000 bagi membantu meringankan keluarga warden yang terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur.
  • SEREMBAN - "Arwah rasa tidak sedap hati dan meluahkan yang dia ingin pulang ke rumah sejak dua minggu yang lalu," kata Norazlina Bakry, 36, ibu kepada mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Muhammad Fahmie Abdullah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.