GOMBAK – Seorang pembantu taska berdepan detik cemas apabila diacu parang dalam kejadian samun di sebuah taska di Taman Sri Gombak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.25 pagi itu, wanita terbabit bersama rakannya sedang membuka pintu jeriji taska terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mereka kemudiannnya didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC.

“Salah seorang suspek mengeluarkan parang panjang dan mengacukannya kepada mangsa sebelum meminta untuk mengeluarkan duit.

“Mangsa berusia 25 tahun yang bimbang diapa-apakan oleh suspek kemudiannya telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM102 sebelum melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dan rakannya bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Katanya, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.