KUALA LUMPUR - Seorang pemandu Uber disahkan meninggal dunia di dalam keretanya jenis Proton Persona di Jalan Tun Razak, di sini,hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 10.30 pagi mengatakan sebuah kereta berada di tepi jalan sebelum pihaknya diarah untuk ke lokasi.

Menurutnya, sampai di lokasi dapati mangsa seorang lelaki dikenali Amiruddin Osman berusia 58 tahun tidak sedarkan diri.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya.

Habibi berkata, laporan forensik mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana sakit jantung.

Mengulas lanjut, ketika kejadian tiada penumpang bersama mangsa.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT MERTAJAM - Polis yakin dapat menyelesaikan siasatan kes bayi berusia 46 hari yang meninggal dunia dipercayai akibat didera pada Khamis lalu dalam masa terdekat.
  • KUANTAN - Selepas 43 hari pemergian Adun Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh pada 31 Disember lalu, kini Umno Bahagian Paya Besar kehilangan Ahli Parlimennya, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, 70, yang disahkan meninggal dunia pada jam 6.45 petang kelmarin di rumahnya di Kuala Lumpur.
  • PENDANG - Seorang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 89.4 Lebuhraya Utara, jam 2.45 petang semalam.
  • KOTA BHARU - Seorang lelaki yang mengalami sesak nafas tidak sempat mendapatkan rawatan di klinik berdekatan dan meninggal dunia dalam kereta di kawasan Pasar Peringat di sini semalam.
  • KUALA LIPIS - Pesakit kencing manis kronik, Abdul Hamid Imam Kadir, 68, yang kisahnya pernah disiarkan akhbar ini 2 Februari lalu menghembuskan nafas terakhir jam 4.20 pagi tadi.