KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tingkatan lima cedera dipercayai dipukul pemandu Grab Car yang dipesannya dari pusat beli-belah Times Square di sini untuk pulang ke rumahnya di Puchong, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC, Fadzil Ahmat berkata, pelajar wanita berusia 17 tahun itu mengalami patah hidung akibat dipukul suspek lelaki yang berpunca daripada salah faham.

"Pemandu lelaki berusia 30 tahun itu telah ditahan polis pada 2.30 pagi tadi untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadzil berkata  suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini sehingga Rabu depan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.-Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LABIS - Seorang anak tergamak memukul ibunya yang seorang warga emas menggunakan kerusi plastik selepas dinasihatkan untuk berhenti menagih dadah di sebuah taman perumahan di Labis, di sini, petang semalam.
  • KUALA TERENGGANU - Gara-gara berebut ruang niaga, seorang peniaga cedera selepas diserang rakan niaga bersebelahan kedainya, dalam kejadian di Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, Sabtu lalu.
  • BUTTERWORTH - Seorang lelaki cedera parah dibelasah sekumpulan remaja lelaki bersenjatakan batang kayu dan besi di sebuah restoran di Raja Uda, di sini Rabu lepas (25 Okt).
  • KOTA BHARU - Lebih 40 pengusaha kereta GrabCar Kelantan melahirkan kekecewaan mereka di atas sikap pemandu teksi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini susulan kejadian seorang pemandu yang didakwa dipukul hingga cedera.
  • KOTA BHARU - Perlakuan biadab seorang lelaki mengheret dan membelasah ibu kerana tidak diberi wang dibalas dengan hukuman penjara setahun oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.