KLANG - Seorang warga emas maut dilanggar sebuah lori yang mengundur ketika melakukan kerja pembersihan di tempat letak kenderaan Surau Al-Hidayah, Pelabuhan Utara, di sini, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Wan Chek Pin, 70, yang merupakan pekerja pembersihan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Muhammad Irwani Nooruldin berkata, ketika kejadian mangsa sedang melakukan kerja pembersihan sekitar kawasan surau bersama seorang rakannya.

Beliau berkata, sebuah lori tanpa muatan tiba-tiba mengundur sendiri tanpa disedari pemandunyam sebelum melanggar mangsa yang berada di belakang kenderaan berat itu.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk patah kaki kiri.  Mangsa kemudian dikejarkan ke HTAR untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, Chek Pin bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas setengah jam mendapat rawatan di hospital dan mayatnya dituntut oleh ahli keluarganya pada kira-kira jam 5 petang tadi.

Muhammad Irwani berkata, siasatan awal mendapati lori tersebut mengundur kerana masalah brek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAIPING - Seorang anggota tentera berusia 20 tahun maut selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di persimpangan lampu isyarat Aeon Taiping, di sini, malam tadi.
  • KUALA KRAI - Hasrat seorang bapa menyerahkan komputer riba kepada anak bongsunya tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 57 Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Kampung Keroh, hari ini.
  • LAHAD DATU - Seorang pengawal keselamatan lelaki di sebuah ladang di Lahad Datu maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di simpang Taman Warisan, Jalan Lahad Datu-Tungku di sini, pagi tadi.
  • KOTA BHARU - "Abang rapat dengan keluarga dan sehari sebelum dia terlibat kemalangan, dia sempat jumpa mak dan ayah di rumah saya di Kampung Kor, Dewan Beta.
  • SABAK BERNAM - Gara-gara mengelak sebuah motosikal, seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 56, Jalan Teluk Intan-Klang, di sini, pagi semalam.