SHAH ALAM - Pas Shah Alam dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan program Jejak Asnaf Ramadan 2017.

Yang Dipertua Pas Kawasan Shah Alam, Abd Halim Omar berkata, program yang melibatkan kira-kira 300 asnaf itu dianjurkan bagi menyantuni fakir miskin dengan pelbagai latar belakang seperti anak yatim, ibu tunggal, kelainan upaya (OKU) dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,200.

“Setiap peserta akan menerima baucar tunai bernilai RM150 seorang yang akan digunakan untuk pembelian barangan keperluan di pasaraya Mydin.

“Kebanyakan peserta merupakan penduduk di kawasan parlimen Shah Alam yang mengandungi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Anggerik dan Batu Tiga.

“Selain itu, ini merupakan program tahunan dan harapan saya untuk tahun-tahun akan datang, kita dapat tingkatkan nilai amaun dan jumlah penerima semakin kecil kerana apa, jumlah penerima yang kecil menunjukkan ramai yang berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Setelah perasmian program dilakukan, kesemua peserta yang terlibat kemudiannya membeli belah di pasaraya Mydin menggunakan baucar tunai yang diterima bermula kira-kira jam 9.15 pagi.

Sementara itu, Pengarah Jejak Asnaf Ramadhan 2017, Jailani Hashim, berkata, program berkenaan diharap dapat meringankan beban rakyat yang kesempitan terutama ketika menjelang ketibaan Hari Raya.

“Dengan kerjasama cawangan-cawangan Pas di setiap seksyen, kita dapat kenal pasti dan kumpulkan penerima-penerima di kalangan asnaf yang sewajarnya menerima sumbangan ini.

“Alhamdulillah, dengan sumbangan NGO terlibat seperti Muslim Care, Ansar Global dan lain-lain, sumbangan yang dikumpulkan ini dapat diserahkan kepada asnaf yang ada.

“Sekurang-kurangnya mereka boleh membeli keperluan keluarga dan juga persediaan menjelang ketibaan hari raya nanti,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Dakwaan pemuda Pas Kelantan bahawa Umno negeri bercakap besar menggunakan modal lapuk bagi berkempen PRU14 disifatkan sebagai strategi Pas setelah mereka gagal melaksanakan program untuk rakyat.
  • KUALA TERENGGANU - Pas melalui Lajnah Mobilisasi dan Hubungan NGO Pas Pusat akan menjawab teka-teki beberapa pihak mengenai senarai 100 badan bukan kerajaan (NGO) yang diumumkan berikrar bersama-sama Pas dalam Gagasan Sejahtera dalam masa terdekat.
  • SEBERANG TAKIR - Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Unit Amal yang bernaung di bawah Dewan Pemuda Pas memperkenalkan cabang baharu iaitu Sukarelawan Amal.
  • KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu melalui Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) telah melancarkan projek penanaman ubi keledek yang dikenali sebagai 'Sweet Latas'.
  • SEREMBAN - Sebanyak 10 NGO menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap seorang individu susulan kenyataan berhubung kejadian kebakaran Pasar Besar Seremban dalam laman sosial 'Facebook' miliknya yang berbaur fitnah
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.