SHAH ALAM -  Penggunaan telefon bimbit semasa memandu dan kegagalan memakai tali pinggang keledar, antara punca yang menyumbang kepada kemalangan maut di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Nazli Md Taib berkata, disebabkan itu kedua-dua kesalahan tersebut diberi tumpuan dalam Ops Hari Raya Aidilfitri yang bermula 18 Jun hingga 2 Julai lalu.

"Melaluinya, kita dapat kesan dua kesalahan itu yang banyak dilakukan pemandu kenderaan, jadi 24 notis dikeluarkan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan itu.

"JPJ memandang berat kesalahan berkenaan kerana ia antara 23 kesalahan lalu lintas dalam sistem mata demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) yang dilaksanakan JPJ secara berperingkat, berkuat kuasa 15 April lalu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Aidilfitri JPJ Selangor di Padang Jawa di sini, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang Ops tersebut, JPJ Selangor juga mengeluarkan 1,327 saman serta 993 notis kepada pemandu kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan.

"Kita juga memberi tumpuan kepada kenderaan perdagangan seperti bas dengan memeriksa 722 bas di tiga terminal iaitu Klang Sentral, Terminal Shah Alam dan Jalan Reko.

"Daripada jumlah itu, empat kesalahan dikesan manakala dua daripadanya dikenakan tindakan," katanya.

Nazli berkata, pada masa sama, ujian saringan air kencing turut dilakukan terhadap pemandu bas.

"Seramai 166 pemandu yang menjalani ujian saringan itu, dua daripadanya didapati positif dadah jenis Syabu. Pemandu berusia lingkungan 30 hingga 40an itu ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa terlibat untuk tindakan lanjut," katanya.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyarankan warganegara asing yang bekerja atau belajar di negeri ini supaya memohon lesen memandu Malaysia.
  • KOTA BHARU - Memandu dalam keadaan lesen memandu tamat tempoh! Itu tindakan berani seorang wanita yang ditahan dalam pemeriksaan Ops Bersepadu Trafik di sini malam kelmarin.
  • PEKAN - Tiga pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang terselamat selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner hilang kawalan dan terbalik beberapa kali sebelum terbabas ke kawasan paya di Kilometer 16, Jalan Nenasi-Rompin, dekat Pekan, pagi semalam.
  • IPOH - Nombor pendaftaran kenderaan AKU 1 mendapat bidaan tertinggi iaitu RM207,898.90 berbanding nombor AKU 8055 yang hanya mencecah harga RM74,000.
  • PULAU DUYONG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menghantar notis kepada sebuah syarikat bas ekspres berhubung kesalahan memotong di garisan berkembar dan memandu secara merbahaya yang tular di media sosial ketika ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.