KLANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun antara 29 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar perumahan flat Bandar Bukit Tinggi di sini, awal pagi tadi.

Operasi kira-kira pukul 3 pagi itu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Selangor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kawasan berkenaan telah dihuni oleh Pati sejak lebih setahun lalu.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa, terdapat warga asing yang cuba melarikan diri ke kawasan semak dan menyorok di kawasan timbunan sampah bagi mengelak dicekup, namun tindakan itu hanya sia-sia.

"Seramai 29 orang Pati berusia tujuh hingga 50 tahun ditahan termasuk seorang kanak-kanak perempuan,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati Pati ini tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan pelbagai kesalahan imigresen lagi.

Pada masa yang sama, 29 individu berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun turut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk kes pecah rumah dan dadah serta memiliki kad pengenalan palsu.

“Operasi sedemikian akan diteruskan dalam usaha kita mencegah dan membanteras kegiatan jenayah samun, pecah rumah serta mengesan dan menangkap Pati,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - "Bo…bolah seludup orangnya. Kena igak gak padah seumur hidup! (Sudah-sudahlah seludup orang. Kalau ditahan padah seumur hidup!)."
  • KOTA BHARU - Tindakan seorang lelaki warga tempatan dipercayai dalang penyeludup yang cuba meloloskan diri dan bergelut dengan penguatkuasa Imigresen Kelantan akhirnya kecundang selepas berjaya diberkas dalam satu serbuan semalam.
  • JOHOR BAHRU - Seramai 20 warga Filipina termasuk lapan wanita mengaku bersalah atas tuduhan memiliki kad pengenalan palsu dan milik orang lain selepas dihadapkan ke dua mahkamah berasingan, di sini, hari ini.
  • SHAH ALAM - Seramai 23 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di premis perniagaan dan taman perumahan ditahan dalam serbuan di sekitar Ampang, Cheras, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Klang dan daerah ini, kelmarin.
  • SANDAKAN - Seramai 353 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) warganegara Filipina dihantar balik ke negara asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan di sini, malam tadi.