SELAYANG - Niat untuk mengecas bateri telefon bimbit membawa trauma kepada seorang daripada lima pelajar lelaki yang menyewa di sebuah kondominium Magnaville di sini apabila kebakaran tercetus di kediaman terbabit.
Keadaan itu menyebabkan suasana kelam kabut di blok B pada jam 3.40 petang kelmarin apabila sistem penggera keselamatan berbunyi.
Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke unit kediaman lain.
Ketua Balai Bomba Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar berkata, fius yang digunakan pelajar terbabit mengeluarkan api yang menyambar permukaan tilam di bilik berkenaan.
“Hanya satu unit terbabit dalam kebakaran di bahagian bilik dan ketika kejadian, semua penghuni berada di rumah justeru tindakan pantas dapat diambil untuk menyelamatkan diri dan juga jiran berhampiran,” katanya.




