KUALA LUMPUR - Di saat kita bergembira melakukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun masih ada golongan luar sana yang masih menagih bantuan bagi membeli keperluan asas.

Atas dasar keprihatinan dan tekad membantu masyarakat, beberapa kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) bersatu hati menghulurkan sumbangan dan menyantuni golongan asnaf yang memerlukan.

Presiden NGO Bersekutu Malaysia, Shahrul Radzuan berkata, program ini diadakan bertujuan untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Tambahnya, untuk tahun akan datang pihaknya berhasrat untuk menganjurkan acara yang lebih besar sebagai satu cara untuk berkongsi rezeki dengan golongan kurang upaya dan mereka yang tidak bernasib baik.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Perpaduan dan Usahasama #Padu, Mohd Faizan Alias.

Sementara itu, pada sebelah malam pula NGO Bersekutu dan Padu meraikan Iftar Ramadhan 2017 bersama dengan 360 anak yatim anjuran Pertubuhan Sukarelawan Asas Sejahtera (Asas) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertempat di Dewan IDB (DBKL) Cheras.

Turut hadir, Presiden Asas Siti Tan Sri SM Salim dan Timbalan Presiden Asas, Khairul Rizam Abu Samah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SABAK BERNAM - "Kami sekeluarga pun tak cukup duit nak makan, apatah lagi kalau nak baik pulih rumah usang ini," kata seorang warga emas, Musa Md Sidek, 66.
  • MUAR - Kehidupannya yang sebatang kara membuatkan seorang warga emas, tidak lagi merasai nikmat sebenar Aidilfitri berikutan keadaan diri serta kesihatannya yang semakin merosot.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.