PULAU CAREY - Sesuai dengan nama, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang nelayan Kampung Orang Asli Sungai Judah, Pulau Carey , Selamat anak Ikin,42, ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Menceritakan pengalamannya ternampak lambaian tangan dua orang nelayan,Yaacob Tahir,63 dan Abdul Aziz Ahmad, 63 di tengah laut ,cukup mendebarkannya apabila terpaksa menghampiri mereka ketika ombak kuat.

"Masa tu jam 5 petang saya bersama adik lelaki, Khairul,21, sedang membuang jaring.. kira tiga kali jugalah berada di kawasan itu.

"Bila nampak ada orang lambai dari jauh, saya ingatkan kawan-kawan saya yang terdiri daripada orang asli kat sini, tapi bila datang dekat tengok orang Melayu, apa lagi saya terus capai mereka dan bawa naik dalam sampan saya untuk selamatkan segera,"katanya kepada Sinar Harian selepas berjaya menyelamatkan nyawa dua orang nelayan yang terpaksa berpaut pada tong minyak dan lunas sampan selama tiga ke empat jam, selepas bot kecilnya (sampan) terbalik dipukul ombak di penanda aras laut pancang putih berhampiran Tanjung Rhu, baru -baru ini.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan dua sahabat karib terpaksa berpaut pada tong minyak dan lunas sampan selama tiga ke empat jam,  selepas bot kecilnya (sampan) terbalik dipukul ombak di penanda aras laut pancang putih berhampiran Tanjung Rhu.