Mangsa-yang-terlibat-dalam-kebakaran-mohon-kerja-pembinaan-disegerakan-kerana-telah-tiga-bulan-menum
$entry.content.caption.value

GOMBAK - Mangsa kebakaran di Jalan Settlement membabitkan enam keluarga memohon agar proses pembinaan rumah baru yang dijanjikan wakil rakyat disegerakan.

Langkah itu, berikutan mereka sudah tidak sanggup untuk menumpang di rumah sudara masing-masing.

Mangsa, M Yanasunderan berkata, sewaktu lawatan wakil pejabat 9Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu, mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk dalam tempoh dua minggu sahaja, bagaimanapun ia kini berlarutan hampir tiga bulan.

"Kita mohon supaya janji itu dapat diselesaikan segera dan meminta jasa baik semua pihak termasuk Kerajaan Negeri untuk membantu dalam penyediaan dana kerana sehingga kini kami terpaksa menumpang rumah saudara mara.

"Sebelum ini kami menggunakan dewan, namun selepas tiga hari kebakaran, kami berpindah ke rumah saudara mara atas faktor ketiadaan kemudahan," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dimaklumkan, pejabat Adun telah menyediakan peruntukan RM25,000, namun memerlukan sekurang-kurangnya RM75,000 untuk projek dimulakan.

Bapa kepada mangsa kebakaran, N Maniappan berkata, dua rumah anaknya masing-masing telah berkeluarga terlibat dalam kebakaran itu menyebabkan mereka terpaksa menumpang di rumahnya.

"Rumah sekarang hanya mempunyai dua bilik dan terpaksa tinggal bersama enam orang, jadi keadaan rumah ini kurang selesa.

"Kami tidak kisah jika rumah yang akan dibina kecil, asalkan mereka tidak duduk melarat kerana menyukarkan melakukan aktiviti harian dan mengganggu pembelajaran anak-anak," katanya.

Terdahulu, kebakaran kawasan setinggan itu berlaku berlaku semua penduduk mengadakan upacara keagamaan di kuil.

Insiden yang menyebabkan setiap keluarga kerugian hampir RM100,000 itu hanya disedari selepas pulang dari kuil berkenaan, bagaimanapun punca kebakaran masih belum diketahui.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.