SHAH ALAM - Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam kenderaan yang dipandunya jenis pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza di Persiaran Monfort, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam, mangsa dikenali Ab Azizi Ab Rahman, 59.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, sebelum kejadian, mangsa memandu sendirian dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Subang sebelum dipercayai telah mengalami serangan jantung sebelum kereta yang dipandunya terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Orang ramai yang menemui mangsa yang tidak sedarkan diri itu kemudiannya menelefon pasukan perubatan.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat.

Jelasnya, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI UDANG - Seorang pejalan kaki menemui ajal selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Udang, di sini, pagi semalam.
  • BATU PAHAT - Kisah bayi yang tular di media sosial sebelum ini yang perlu mengambil sebanyak 108 biji pelbagai jenis ubat sehari, Muhammad Arjuna, 9 bulan, akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir, pada jam 8 malam, kelmarin.
  • BATANG KALI - Seorang lelaki berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari pucuk paku pada Isnin lepas ditemui meninggal dunia di dalam kebun durian di Kampung Rawang Putar, hari ini.
  • KUALA TERENGGANU - Bekas pemain bola sepak Terengganu era 70-an, Abdul Aziz Mohamad Yunus, 74, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di Jalan Wakaf Beruas, di sini, pagi tadi.
  • IPOH - Seorang anggota bomba meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Pos Bomba (Fire Post) di Jalan Kampar, pagi tadi.