KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusuf meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, tadi akibat sakit saraf sejak Julai lalu.

Anak allahyarham, Muhammad Ali Imraan Salleh, 34 yang mengesahkan perkara itu berkata, allahyarham meninggal jam 5.15 petang pada usia pada usia 64 tahun selepas empat tahun bersara.

“Jenazah akan dibawa ke rumah, di Jalan Ikhlas 9, Bandar Tun Razak selepas Isyak dan dijangka dikebumikan pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, Cheras,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Allahyarham Salleh bersara wajib pada Januari 2014 dan berkhidmat selama 35 tahun dengan DBKL ialah antara kakitangan yang berkhidmat lama dengan DBKL dan terkenal dengan sifat rendah diri dalam kalangan pegawai bawahan serta warga kota.