SEMENYIH – Anggota bomba berjaya menyelamatkan lima sekeluarga yang terperangkap dalam rumah akibat banjir kilat di Kampung Sungai Jai, Beranang, di sini, kelmarin.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Alimaddia Bukri berkata, bantuan itu diberikan selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 11.59 malam.

“Sepasukan sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba di lokasi, kita mendapati ada dua lelaki dan lima wanita berada dalam rumah itu.

“Kita telah memasang tali dari kawasan tinggi ke rumah mangsa, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar ke tempat selamat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan sebelum kejadian itu terdapat lima kanak-kanak daripada keluarga tersebut diselamatkan penduduk kampung.

“Kita diberitahu mangsa bahawa air mulai naik kira-kira jam 7.30 malam dan mereka segera menyelamatkan kanak-kanak itu sebelum menghubungi bomba. Kesemua mangsa ditempatkan di rumah saudara mereka yang tinggal di kawasan berhampiran.

“Hasil pemantauan bomba mendapati banjir telah surut pada jam 3.30 pagi. Bagaimanapun, semua mangsa dinasihatkan terus berada di penempatan sementara kerana khuatir banjir kilat berulang,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TELUK INTAN - Persediaan awal menghadapi kemungkinan musibah banjir di beberapa kawasan dalam parlimen ini perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
  • KERAYONG - Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Triang terutama Kampung Paya Pagar diminta terus peka dengan kenaikan air sungai demi keselamatan ahli keluarga masing-masing.
  • KUALA LIPIS - Penduduk Kampung Kuala Medang di sini sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir apabila tiba musim tengkujuh namun kesemua kira-kira 150 daripada 1,000 penduduk tetap perlu diberi tumpuan utama jika musibah itu berlaku.
  • ALOR SETAR - Bukan sekali tetapi 11 kali terpaksa berdepan banjir dalam tempoh sebulan.
  • MIRI - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bulau dalam daerah Subis, Miri, yang ditutup sejak semalam, masih tidak dapat meneruskan persekolahan hari ini berikutan paras air belum surut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.