SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor menafikan makluman akan memberikan kondom percuma kepada generasi muda bagi mengelak terdedah kepada penyakit HIV atau Aids yang tular di media sosial.

Pemberian kondom itu didakwa di bawah Skim Peduli Sihat yang hanya terdapat di Selangor.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab menularkan perkara ini termasuk peletakan gambar Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berbaur fitnah.

"Berita ini adalah fitnah semat-mata! Makin terdesak kaum dedak ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, tersebar berita ini sehingga mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat negeri ini dan Malaysia umumnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASIR GUDANG - Perasaan ingin tahu seorang penduduk berikutan kelibat beberapa pasangan remaja yang kerap mengunjungi bangunan tinggal di Jalan Sena kawasan Sungai Buluh, di sini membawa kepada penemuan mengejutkan.