KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati semakin ramai penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam gagal melunaskan sewa dan bil air mereka sehingga tunggakannya mencecah RM51 juta pada 2011.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, bagi Januari tahun ini pula, tunggakan itu berjumlah hampir RM2 juta.

Berikutan itu, beliau mengingatkan semua penyewa berkenaan supaya segera membayar tunggakan masing-masing sebelum Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti mengambil tindakan terhadap mereka.

"DBKL sebenarnya boleh ambil tindakan undang-undang yang boleh memufliskan mereka... semua ini (hutang) merupakan tanggungjawab masing-masing untuk langsaikan," katanya pada sidang media di Program Kehidupan Murni di PPR Seri Pantai, Pantai Dalam di sini, hari ini.

Program Kehidupan Murni merupakan program kemasyarakatan DBKL menerusi Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti bertujuan memastikan penduduk PPR dan Perumahan Awam berada dalam keadaan lebih selamat, selesa dan
harmoni.

Antara jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat pada program hari ini ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), polis Kontinjen Kuala Lumpur, Agensi Antidadah Kebangsaan WPKL dan Jabatan Penerangan
WPKL.

Sementara itu, Fuad berkata DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Yayasan Wilayah Persekutuan akan mengadakan 'roadshow' mengenai Skim Jualan PPR.
"Bagi fasa pertama, PPR yang sudah dijual ialah hampir 5,000 unit daripada 25,000 unit. Harga setiap unit kekal pada RM35,000," katanya. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran memberi mandat kepada badan bukan kerajaan (NGO) setempat bagi memantau pusat-pusat tahfiz dalam kawasan setempat secara lebih terperinci.
  • KUALA LUMPUR - Warga emas berusia 80 tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa ditemui selamat.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyerbu dua buah premis menjual aksesori telefon berjenama Apple disyaki tiruan.
  • KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan merompak dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang kerani wanita, Sabtu lepas.
  • KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri yang juga pemilik syarikat menjual telefon bimbit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menipu berhubung urusan jual beli telefon bimbit melibatkan nilai lebih RM900,000, tahun lepas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.