SERDANG - Majlis Hari Raya Aidilfitri Kelab Warga Jerantut Lembah Klang (JKV) di pekarangan Rumah Tradisional Pahang di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia semalam disambut meriah dengan kehadiran lebih 500 tetamu.

Menurut Presiden JKV, Datuk Rozilan Salleh, selain juadah yang selalu dihidangkan ketika jamuan Hari Raya yang lain, lebih istimewa tetamu yang hadir dihidangkan dengan ikan patin masak tempoyak.

"Kita membawa tukang masak khas dari Jerantut yang memasak 50 ekor ikan patin tempoyak. Dalam sekelip mata masakan itu diserbu pengunjung yang memuji kesedapannya," katanya.

Menurut beliau, ini adalah kali kedua JKV menganjurkan majlis Hari Raya selepas kali pertama tahun lepas yang dimeriahkan dengan keberangkatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah.

Sempena program itu semalam, JKV turut membuat kutipan derma amal untuk diserahkan kepada bekas pemain bola sepak remaja Pahang, Abdul Jalil Manan yang kini lumpuh.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.