SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan maklumat bantuan RM400 diberikan kepada ibu bapa mempunyai tiga anak bersekolah, seperti tersebar dan menjadi tular melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat, Datin Setia Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, bantuan pendidikan disalurkan kepada anak-anak asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dengan LZS.

"Bantuan tersebut meliputi anak-anak asnaf di peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi.

"Sehubungan dengan itu, LZS memohon semua pihak agar tidak terus menyebarkan maklumat yang sedang ditularkan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebarang kenyataan rasmi LZS dikeluarkan melalui laman web www.zakatselangor.com.my atau facebook rasmi Zakat Selangor.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.