HULU LANGAT - Seorang lelaki berusia 47 tahun dilaporkan jatuh dari ke gaung setinggi 100 meter ketika sedang menuruni puncak Gunung Nuang, di sini, petang tadi.

Pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.30 petang berhubung kejadian berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Mohd Jaslizad Jalil, berkata, masih belum ada sebarang maklumat rasmi berhubung keadaan mangsa Azlan Yahya, 47, sama ada masih hidup atau tidak.

Menurutnya, pasukan penyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar), Bomba, dan APM kini masih mendaki ke kawasan kejadian untuk proses menyelamat.

"Mangsa yang tidak sedarkan diri telah ditemui oleh rakan-rakan pendaki lain dan dimaklumkan mengalami kecederaan di kepala. Lokasi mangsa terjatuh adalah antara puncak ke trek Pengasih yang mempunyai kecondongan 90 darjah.

"Pasukan penyelamat mula mendaki kira-kira jam 4 petang tadi dan mengambil masa kira-kira lima jam untuk sampai.

"Proses membawa turun mangsa dijangka mengambil masa agak lama memandangkan berat mangsa yang dianggarkan 100 kilogram. Ia bergantung juga dengan keadaan trek," katanya kepada Sinar Harian.

Dimaklumkan operasi menyelamat menggunakan helikopter tidak dapat dibuat berikutan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • REMBAU - Empat individu dua daripadanya warganegara China berhadapan detik-detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki terbabit kemalangan dan terjunam ke dalam gaung sedalam lebih 15 meter.
  • NILAI - Seorang wanita warga emas dan tiga lagi nyaris maut selepas kereta Proton Saga dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter di Jalan Lenggeng-Pantai berhampiran Hutan Lipur Lenggeng di sini, malam tadi.
  • GERIK - Dua lelaki nyaris maut apabila dua pacuan empat roda yang dipandu mereka terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 17, Jalan Raya Timur Barat di sini, kelmarin.
  • YAN - Seorang lelaki berusia 51 tahun maut dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam cerun sewaktu berkelah di pusat peranginan Taman Rimba Gunung Jerai dekat sini petang tadi.