SUBANG JAYA -Gerak-geri mencurigakan seorang lelaki membawa padah apabila dia ditahan bersama sejumlah dadah jenis heroin, di Bandar Sunway semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung tindakan mencurigakan lelaki itu.

Katanya, bertindak atas laporan, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Subang Jaya menahan lelaki berkenaan di tepi Jalan PJS 7/23, Bandar Sunway, Subang Jaya.

"Hasil pemeriksaan  menemui dadah disyaki jenis heroin seberat 16.3 gram bersamanya.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,"katanya.

Beliau berkata, polis mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam usaha mencegah jenayah terbabit.