KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, tiba di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada jam 12 tengah hari sempena lawatan rasmi pertama sejak dilantik memegang potfolio Kementerian Wilayah Persekutuan 2 Julai lalu.

Turut sama dalam lawatan berkenaan, Timbalannya, Datuk Dr Shahruddin Md.Salleh.

Ketibaan mereka disambut Datuk Bandar Kuala Lumpur,  Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz serta barisan pengurusan tertinggi DBKL dan pengarah- pengarah jabatan.

Khalid dibawa melawat ke biliknya di tingkat enam sebelum menghadiri sesi taklimat bersama warga pengurusan DBKL bagi mendapatkan gambaran penuh berkaitan pembangunan di ibu negara.

Sesi taklimat dijangka berakhir jam 3 petang ini sebelum bertemu media.

Difahamkan Khalid juga bakal turun padang mendengar dan meninjau  projek River Of Live (RoL) hari ini.