SUNGAI BULOH - Hujan lebat bermula jam 4.30 petang menyebabkan aliran trafik di Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor sesak lebih 5 kilometer, semalam.

Paras air setinggi 0.5 meter berhampiran Damansara Damai dan Taman Industri Sungai Buloh itu menghalang kenderaan melepasi kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.37 petang dan tiba ke lokasi lapan minit kemudian.

“Jalan itu tidak boleh dilalui hampir 30 minit bermula jam 6.25 petang akibat limpahan air dari saliran dan Sungai Paya Jaras.

“Bagaimanapun, tiada mangsa atau kenderaan terperangkap dalam insiden tersebut,” katanya.

Menurutnya, hujan lebat turut menyebabkan kira-kira 20 rumah di Bandar Baru Sungai Buloh terjejas berikutan banjir kilat.

“Kira-kira 7 petang, air mulai surut secara berperingkat.