KUALA LUMPUR - Laluan di Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya di sini yang ditutup akibat tebing bukit runtuh tengah malam tadi mula dibuka semula untuk kenderaan kira-kira 10 pagi tadi.

Menurut jurucakap bilik gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jalan itu kini selamat dilalui, namun DBKL masih memantau keadaan di kawasan sekitar lokasi kejadian.

“Kerja-kerja pembersihan jalan masih dilakukan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan  Bandar DBKL,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11.40 malam tadi, Jalan Medang Tanduk terpaksa ditutup susulan tebing bukit yang berbatu telah runtuh berhampiran sebuah tapak projek pembinaan kondominium. - Bernama