SHAH ALAM - 'Berlakon' untuk beli peralatan komputer, tetapi sebaliknya bertindak melarikan komputer.

Helah itu digunakan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an di sebuah premis di Seksyen 18, di sini, dalam kejadian kira-kira 7 malam, Sabtu lalu.

Difahamkan, premis berkenaan kerugian kira-kira RM2,400 apabila sebuah komputer riba milik pelanggannya dicuri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, perbuatan lelaki berkenaan hanya disedari selepas pemilik premis meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kedainya.

Menurutnya, berdasarkan laporan pengadu, awalnya suspek berpura-pura bertanyakan kepada salah seorang juru jual kedai terbabit tentang pengecas yang sesuai untuk komputer ribanya.

"Namun, semasa jurujual tersebut sedang mencari pengecas yang sesuai, suspek tiba-tiba telah memberitahu dia tidak mahu membeli pengecas tersebut sebelum beredar," katanya.

Shafien berkata, pemilik premis menyedari kehilangan komputer riba itu selepas pemiliknya datang untuk mengambil semula barangan tersebut yang ditinggalkan dipremis berkenaan untuk dibaiki.

Katanya, berdasarkan rakaman CCTV berkenaan, suspek telah mengambil sebuah komputer riba yang berada di atas meja sebelum memasukkannya ke dalam sebuah beg ketika juru jual sedang mencari pengecas komputer.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI PETANI - Polis sedang mempergiatkan usaha menjejaki dua lelaki yang mencuri wang dari tabung masjid dan melakukan perbuatan khianat ke atas kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah masjid dekat Kota Kuala Muda, minggu lalu.
  • KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang buruh kerana menyimpan harta curi.
  • KUALA BERANG - Polis berjaya menyelesaikan dua kes kejadian pecah rumah di Taman Kirana, di sini, dalam tempoh kurang 24 jam ekoran tertangkapnya seorang lelaki berusia 41 tahun dalam satu serbuan di Kampung Bukit Apit, Ajil awal pagi 18 September lalu.
  • KOTA BHARU - Padah mencuri barangan penjagaan untuk kelihatan cantik dan berbau wangi, seorang promoter dihukum penjara selama 13 hari dan denda RM500 di mahkamah majistret, di sini, semalam.
  • BAHAU - Hampa namun tidak pulang dengan tangan kosong, walaupun taktik penjenayah ingin mencuri barang bernilai tidak berhasil apabila hanya dapat mencuri empat ke lima buku roti sahaja.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.