BANGI - Sebuah kereta terbakar dalam kejadian berhampiran Tol Bangi di sini, semalam.

Sumber bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.48 pagi dan enam buah jentera serta dua buah EMRS dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di sana, memang benar ada kebakaran melibatkan kereta Proton Satria yang terbakar di bahagian enjin.

“Pemadaman menggunakan dua aliran hose reel air tangki jentera,” katanya.

Sementara itu, khidmat bomba dipanggil untuk menyelamatkan seekor anjing yang terbelit pada jaring tiang gol di sebuah sekolah di Subang Bestari.

“Tindakan anggota adalah menggunakan gunting dan penjerut bagi memotong jaring berkenaan sebelum haiwan itu dapat dilepaskan di hutan berhampiran.

“Tiada mangsa yang terlibat sepanjang operasi ini,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Hujung Kampung, Jalan Sekolah Alor Merah, di sini terbakar malam kelmarin.
  • MARANG - Enam sekeluarga di Kampung Gong Beris, di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus dijilat api dalam kejadian berlaku lebih kurang jam 7.20 pagi, tadi.
  • KUALA KETIL - Warga sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan yang sedang menunggu tamat waktu persekolahan cemas apabila siling koridor tingkat 1 bangunan sekolah itu terbakar sebelum terpadam, hari ini.
  • REMBAU - Tiga unit kedai Majlis Daerah Rembau (MDR) di Pekan Chengkau, di sini, musnah terbakar dalam kejadian tengah hari tadi.