KUALA SELANGOR - Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa dihubungi bagi mengeluarkan kepala anak kambing yang tersangkut dalam tin di Kampung Sungai Darah, Bestari Jaya di sini, pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, panggilan diterima daripada orang awam kira-kira jam 9.10 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Rahim Saibon bergegas ke lokasi untuk memberi khidmat bantuan khas.

"Sebaik sampai didapati kepala seekor anak kambing memang tersangkut dalam tin.

"Anggota dapat keluarkannya dan anak kambing tersebut selamat," katanya.