PUCHONG - Tapak pembinaan di Bandar Sierra 16, dekat sini, yang menempatkan pekerja pendatang asing tanpa izin (Pati) digempur sepasukan Jabatan Imigresen Negeri Selangor.

Ops Ikrar kira-kira jam 1 pagi tadi dijalankan hasil maklumat dan risikan susulab aduan awam yang diterima.

Ketua Unit Penguatkuasa Imigresen Selangor, Jaimin Sumpit berkata, dalam operasi yang tamat kira-kira jam3 pagi, anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Selangor dengan dibantu oleh cawangan dari KLIA terpaksa memotong pagar yang ditutup dan dikunci.

Menurutnya, dalam serbuan ini, 245 orang telah diperiksa dan 42 Pati telah ditahan termasuk tujuh kanak-kanak serta bayi berusia lingkungan dua minggu hingga tujuh tahun

"Walaupun kita bersimpati dengan mereka, namun warga asing mengambil peluang untuk beranak-pinak di negara ini tanpa melalui proses kelahiran yang sempurna. Bayi dan kanak-kanak ini tidak mempunyai dokumen kelahiran yg sempurna.

"Apa yang dikesan adalah, ibu kanak-kanak dan bayi itu melahirkan anak mereka di rumah kongsi kerana ingin mahu elak ditangkap sekiranya bersalin di hospital," katanya.

Beliau berkata, ibu dan kanak- kanak itu kini ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen sementara menunggu proses penghantaran pulang ke negara masing- masing.

Katanya, dalam ops ini, Pati yang ditahan merupakan dari negara Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan Nepal.

"Operasi sedemikian akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung masalah Pati di negara," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas yang sah, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 56(1)(I) Akta Imigresen 1959/63 disyaki memalsukan dokumen.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - KOTA BHARU - [VIDEO] Hampir tiga peratus Pendatang Tanpa Izin diseludup masuk ke Kelantan melalui negara jiran menggunakan bas ekspres pada tahun lalu.
  • KOTA BHARU - Taktik licik dua warga emas berusia 55 dan 67 tahun yang menjadi dalang bagi kemasukan Pendatang Tanpa Izin (Pati) warga Myanmar di negeri ini akhirnya tumpas selepas pergerakan mereka berjaya dikesan pihak Jabatan Imigresen Kelantan dalam satu serbuan di Tanah Merah di sini semalam.
  • KUALA LUMPUR - [VIDEO] Bukan hanya puluhan penempatan, tetapi turut beroperasi sebuah kedai makan dalam sebuah bangunan yang belum siap di bina, di Alam Damai, di sini.
  • JOHOR BAHRU - Penantian selama tiga hari 20 pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk keluar daripada negara melalui laluan haram membawa padah apabila mereka dicekup polis dalam empat serbuan berasingan di Pantai Hijau, Kota Tinggi, semalam.
  • JERANTUT - [VIDEO] Taktik seorang lelaki warga Thailand yang cuba melepaskan diri daripada ditahan pihak jabatan imigresen dengan mengaku dirinya rakyat tempatan asal dari Tanah Merah, Kelantan gagal.