SHAH ALAM - Tular di media sosial, kisah seorang wanita didakwa menghidapi kanser gara-gara mengambil pil perancang.

Namun dakwaan itu disangkal oleh Pegawai Perubatan Kanan Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Leftenan Kolonel Dr. Rusyainie Ramli menerusi Facebook miliknya dan meminta netizen tidak menularkan berita kurang tepat malah turut mempersoalkan kenyataan wanita tersebut.

Rusyainie yang juga ahli Medical Mythbusters Malaysia turut menegaskan, berdasarkan kajian oleh Collaborative Group of Epidemiological Studies of Ovarian Cancer pada 2008, menunjukkan dengan penggunaan pil perancang, mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 27 peratus.

"Kalau ambil pil perancang untuk jangka masa panjang, 15 tahun dan lebih, risikonya menurun ke 58 peratus.

"Kita tahu kalau ada seorang wanita didiagnos dengan kanser ovari, risiko untuk ahli keluarga terdekat, adik beradik, mak, anak, makcik, anak saudara untuk dapat barah yang sama jadi tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan wanita yang tidak ada sejarah kanser ovari," katanya juga graduan dari Universiti Perubatan Antarabangsa Kuala Lumpur.

Beliau juga menegaskan pengambilan pil perancang mengurangkan risiko fibroid sebanyak 70 peratus dan paling penting fibroid tidak menjadi kanser rahim.

"Sila baca artikel ini..https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155143672676659&id=679746658 tulisan Prof Imelda Balchin tentang fibroid dan artikel https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154500408501659&id=679746658.

"Selain itu, Dato Dr Rushdan Noor, Pakar Oncologi Ginekologi pun sudah panjang lebar membuat ulasan pasal pil perancang di artikel https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210920211429131&id=1468333443," katanya juga bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor.

Jelasnya, meminta netizen agar memastikan kesahihan berita sebelum diuar-uarkan hingga boleh mengelirukan masyarakat.