SHAH ALAM - Seorang jururawat dicabul ketika sedang bertugas di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Lebih teruk lagi, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu, suspek yang merupakan pesakit di hospital terbabit adalah berpangkat ‘Datuk’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mangsa berusia 19 tahun mendakwa telah dicabul dengan cara dipegang punggung, payudara dan dicium pipi oleh seorang pesakit.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di wad hospital terbabit.

"Mangsa kemudian telah membuat laporan polis berhubung insiden itu. Suspek berusia 58 tahun kemudian ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Tambah Fadzil, suspek merupakan seorang ketua pegawai eksekutif syarikat hartanah dan pelaburan terkemuka di Malaysia berpangkat Datuk.

Katanya, suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Seorang penyelia di sebuah pasar raya cawangan Gong Badak, Kuala Nerus, terpaksa menanggung kerugian hampir RM5,000 akibat ditipu individu menyamar anggota polis dipercaya sindiket penipuan ‘Macau Scam’.
  • SIBU - Seorang pemuda menerima padah selepas bertindak agresif terhadap anggota polis di Taman Rejang pada jam 9.20 malam tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu berjaya menyelesaikan hampir 65 peratus kes jenayah yang disiasat, menjadikannya antara peratusan tertinggi di negara ini sepanjang tahun 2017.
  • SUNGAI PETANI - Dua pengawal keselamatan mengalami kecederaan setelah diserang sekumpulan lelaki bermotosikal di hadapan sebuah perpustakaan di Jalan Kolam Air dekat sini awal pagi semalam.
  • GUA MUSANG - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang tipu helah mana-mana syarikat pinjaman berlesen untuk mendapatkan pinjaman wang.