PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan.

Menurut Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, bayi perempuan itu bernama Yasmira Aisyah.

"JKM sedang mengesan ibu bapa kandung atau waris supaya dapat menjalankan siasatan lanjut bagi tujuan penempatan kanak-kanak.

"Kanak-kanak ini diserahkan oleh ibu kandung bernama Uriyanti Normina, warga Indonesia pada Jun 2016 kepada pasangan anak-beranak kerana ibu kandung tidak mampu untuk menjaganya," katanya menerusi kenyataan.

Menurut JKM, dalam tempoh penjagaan itu, segala tanggungjawab ke atas kanak-kanak adalah di bawah tanggungan keluarga tersebut dan didapati tidak mempunyai sijil lahir.

"Kanak-kanak kini diletakkan di bawah jagaan sementara dan kawalan keluarga Salmah Ya  dengan perintah Mahkamah bagi Kanak-kanak Petaling Jaya bertarikh 1 Jun 2017 .

"Oleh itu, kepada sesiapa yang mengetahui berhubung ibu kandung atau waris , diharap dapat tampil dalam membantu  untuk menguruskan hal-hal penempatan, pengurusan dokumen demi  masa depan kanak-kanak," katanya.

Kepada sesiapa yang mengenali waris kanak-kanak, sila hubungi Pegawai Pelindung  di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling  di talian 03-78422584 / 03-78422587.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Sebuah keluarga di Kampung Bakar Bata Tanjung Rambutan memohon bantuan perumahan daripada pihak berwajib setelah tujuh tahun mendiami bahagian dapur yang disewa di sebuah rumah milik individu lain di kampung berkenaan
  • PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling sedang mengesan keluarga kandung atau waris yang mengenali kanak-kanak lelaki yang bernama Ian Hadif Adam Lau Abdul Wafiy.
  • JOHOR BAHRU - Seorang operator tidak menyangka anak ketiganya dilahirkan pada tarikh keramat 16 September ketika rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia.
  • TUMPAT - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tumpat menyalurkan wang Tabung Bantuan Segera kepada mangsa kebakaran di Kampung Jejulok Haji Senik yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus empat hari lalu.
  • BACHOK - Seorang aktivis tempatan dan juga sukarelawan pertubuhan orang kelainan upaya (OKU) negeri ini, kehilangan bayi sulungnya akibat komplikasi dalam kandungan kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.