PUTRAJAYA - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini meminta orang ramai berwaspada apabila menerima panggilan telefon daripada pihak yang mengaku sebagai polis Putrajaya dalam menyelesaikan kes-kes kesalahan trafik dan langgar lari.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, sejak kebelakangan ini, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang ramai bertanya sama ada kenderaan mereka terlibat dalam kes itu serta mendakwa menerima panggilan yang menggunakan nombor telefon IPD Putrajaya dan meminta wang daripada mangsa.

Katanya, panggilan yang didakwa datangnya daripada IPD Putrajaya kononnya meminta orang ramai menyelesaikan saman atau kes mereka dengan memastikan wang dalam akaun tertentu untuk penyelesaian kes.

"Ingin saya jelaskan pihak polis sendiri telah membuat laporan beberapa minggu lepas berkaitan penerimaan panggilan ini. Panggilan telefon yang diterima oleh orang ramai adalah panggilan yang dibuat oleh sindiket tertentu dengan tujuan menipu atau mencari keuntungan melalui panggilan palsu.

"Oleh yang demikian, saya menasihatkan orang ramai yang terpedaya agar membuat laporan polis dengan segera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Sekurang-kurangnya enam kes membabitkan samun ke atas mangsa yang keluar dari bank berjaya diselesaikan susulan seorang suspek kumpulan samun maut ditembak ketika melarikan diri dari pihak polis dalam kejadian di Jalan Dato’ Onn Utama di sini, Khamis lalu.
  • IPOH - Polis Perak berjaya menumpaskan kumpulan kongsi gelap 04 selepas menahan 36 kepimpinan tertinggi kumpulan termasuk seorang individu bergelar ‘Datuk’ sejak sebulan yang lalu.
  • BUKIT GANTANG - Seorang lelaki berusia 38 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar rumah untuk mencari asam gelugor di kaki bukit Kampung Senduk Ulu, di sini.
  • KUALA LUMPUR - Polis masih menyiasat berhubung tindakan liar remaja lelaki sengaja mencampak kon dari tingkat atas sebuah kediaman bertingkat yang tular di media sosial sejak Khamis.
  • YAN - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan berjaya menyelesaikan beberapa kes jenayah membabitkan harta awam susulan beberapa siri tangkapan dan serbuan dijalankan di daerah ini sejak bulan Disember tahun lalu hingga awal bulan Februari tahun ini.