RAWANG - Jambatan Sungai Bakau yang menjadi laluan alternatif penduduk ditutup selama dua bulan bermula kelmarin bagi projek naik taraf sungai.

Adun Rawang, Gan Pei Nei berkata, dalam tempoh tersebut pengguna jalan tersebut dinasihati menggunakan laluan masuk dari Bandar Country Homes bagi yang mahu ke Sungai Bakau, Apartmen Rajawali dan Pangsapuri serta rumah kedai Raya.

Menurutnya, projek menelan kos RM3.58 juta itu adalah di bawah peruntukan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor yang dijangka siap November ini.

“Jambatan berusia 20 tahun itu akan dinaik taraf melibatkan kerja pembersihan, melebar dan mendalam sungai serta pembinaan jambatan baru,” katanya.

Katanya, melalui kerja naik taraf tersebut juga diharapkan mampu menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut.

“Mengikut perancangan, projek sepatutnya siap April lalu tapi tertangguh kerana isu tanah,” katanya.

Katanya, melalui makluman penutupan jalan ini diharapkan penduduk boleh merancang perjalanan dan keluar awal bagi mengelak kesesakan di waktu puncak pagi, tengah hari dan petang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menamakan jambatan ketiga Klang yang bernilai RM199 juta di sini sebagai Jambatan Raja Muda Nala sempena nama putera Sultan Selangor yang pertama.
  • SHAH ALAM - Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi memaklumkan peruntukan sebanyak RM1.37 juta daripada Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) digunakan untuk pembangunan jalan luar bandar bagi daerah Klang.
  • KANGAR - Kerajaan Perlis menyokong cadangan kerajaan Thailand untuk membina jambatan menghubungkan Tamelang dalam Wilayah Satun ke Bukit Batu Putih di Perlis sepanjang 13 kilometer.
  • ALOR GAJAH - Kementerian Kerja Raya telah mengenal pasti 21 jambatan kritikal di negara ini termasuk lima yang sudah ditutup sejak bulan lalu.
  • SUBANG JAYA - Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) didesak segera melaksanakan projek naik taraf sistem perparitan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) IOI Puchong.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.