SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis 1.15 petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dalam satu kenyataan berkata, Jamal ditahan di Hospital Ampang Puteri oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor

"Tangkapan dilakukan bersabit satu kes yang disiasat di bawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12 Mei lalu.

"Suspek sekarang masih ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani rawatan," katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa lagi kes berkaitan suspek sedang disiasat, di samping dua waran tangkap yang akan disempurnakan setelah suspek selesai menjalani rawatan.